Tuesday, March 6, 2012

Percutian Bajet ke Universal Studio Singapore Part 1

Ilham nak bercuti ni datang berdesup masa baru dapat kalendar awal tahun ritu..standard la ye dak..bila dapat je kalendar awal-awal tahun..menggelupur memasing tengok senarai cuti untuk tahun yang berkenaan..tak gitu?..eh ke aku sorang je yang berperangai camni..ok fine..sambung balik stori kita..

Nak dijadikan cerita, one of my BFF kawen tahun ni dan majlisnya adalah pada Februari.. dah nama pun BFF, maka jatuh hukum wajib ke atas batu jembala patik untuk menghadirkan diri ke kenduri dia..kalau tak, ada yang tak mengaku kawan nanti..lepas congak-congak, banyak jugak cuti masa tuh..cuti maulidur rasul, cuti gantian..plus, cuti thaipusam lagi kan..so no problemo la untuk kitorang turun ke JB secara berjemaah..alang-alang dah ke JB tu, terpikir gak apa salahnya kalau terus ke Singapore je..beronok-ronokan di USS kedengaran menarik bunyinya *eyes rolled*..

Nak ke USS tu, we olls decide ambil pakej travel agen..pakej yang we olls ambil cover pass masuk sehari dan pengangkutan..harga pakej adalah RM207 per pax sahaja..nasib baik we olls tukar plan dan setuju tak nak amik pakej dengan accomodation sekali..kalau tak, mesti we olls tak berpeluang berjumpa dengan hotel yang paling bajet sekali di alam semesta ni iaitu Golden Leaf Hotel..dahla rupa bentuk hotel macam pusat karaoke..terbaek wok..aci kerat kuku la tak jumpa kat tempat lain punya..untuk bilik yang ada 2 katil queen size, ratenya hanyalah RM108 semalam..tapi mengapa perlu bayar lebih?..bila 3 lagi makhluk yang so called BFF ada untuk berkongsi susah senang bersama..heee..for that, it only cost us RM54 per person/ 2 nights stay..weehuu *lompat bintang*..yang paling best sekali, kupon brekfes juga disediakan..


sumber : agoda.com
pesanan khidmat masyarakat..jangan bawak lugage berat-berat..sebab anda akan menghungap nak naik ke hotel kerana lif tidak ditemui dikawasan berdekatan

pakej yang we olls ambik ni konsepnya bebas..ada beberapa pilihan masa untuk bertolak dari JB dan juga pick up time kat Sentosa Island..boleh pilih nak pergi dan balik pukul berapa datuk harimau..yang penting kena tau dan hafal trip bas je..bas akan berhenti 2 kali iaitu di Imigresen JB dan juga Imigresen Singapore untuk turunkan kan penumpang..

borang imigresen ni travel agen dah bagi before bertolak..just isi & serah pada pegawai kat Imigresen

masa kat Imigresen selesaikan lah apa yang patut..drebar bas akan setia menunggu kat terminal.. lepas 20 minutes, kalau hangpa tak siap-siap lagi drebar akan terus cabut..tapi toksah kalut sebab akan ada bas lain datang..yang penting jangan sampai terlepas last trip dari JB..dan jangan lupa carik bas yang menuju ke Sentosa Island sahaja..

pengangkutan rasmi..sentiasa carik bas dengan no TS 8..dijamin sampai ke destinasi

kupon untuk pengangkutan..sila tunjuk pada drebar semasa naik..

ari tu we olls sampai kat sentosa island dalam pukul 9 pagi..masa tu USS pun belum bukak lagi..FYI, USS dibuka setiap hari dari pukul 10 am - 7 pm..but on selected friday & saturday akan dibuka sampai malam..click here for more details..

daripada parking area perlu naik escalator utk menuju ke destinasi

sila abaikan direction oleh kawan gegirl itu..sumpah kami tak pernah masuk kawasan sebegitu

pagi tu we olls tak sempat brekfes kat hotel sebab nak naik trip bas yang paling awal.. jadinya just brekfes ringan-ringan je di persekitaran USS..nasib baik we olls dah bawak roti dan mineral yang dibeli kat tujuh sebelas (read:seven eleven) yang berdekatan ngan hotel..dekat area USS tu, air mineral pon harga 2SD..tu diaaa..kalau di convert duit kita lagi scary bunyinya..dalam RM4.80 jeer.. *tangan di dada, mata ke atas*..untuk sebotol mineral berisipadu 500 ml je kot..kalau kat tanah tumpah darahku boleh dapat jus buah segelas dah nih.. huhuhu..tetiba rindu Mesia.. 
lokasi wajib posing..bahan bukti bahawa kami pernah sampai ke sini..

Nak tau pengalaman gegirl yang selanjutnya..nantikan kemunculan episod seterusnya okeh.. daaa *lempar flying kiss*

6 comments:

  1. hi... just nak tanya.. the package yang RM200/pax tu from agensi mana... ada details?

    ReplyDelete
  2. hi ctm.zainal..sori for the late reply..info agensi : NEW ASIA HOLIDAY TOURS & TRAVEL SDN.BHD..Tel No: +6 (07) 223 2232..email : newasiaholidays@gmail.com..FYI, agen ni only ada ofis di JB sahaja..

    ReplyDelete
  3. hotel golden leaf tu kat spore ke??

    ReplyDelete
  4. Hi....bus tersebut akan pick up dr hotel then hantar balik semula ke hotel ka??

    ReplyDelete
  5. Farahiyah,

    Bas tunggu & hantar di terminal bas JB sja..travel agen yg hantar & pick up we olls dengan van dari hotel ke terminal bas JB

    ReplyDelete

ingin kritik?